8:29 AM

Antara Kawasan Pelancongan Yang Menarik Di Daerah Hulu Selangor

DESA SELESA

Kuala Kubu Bharu bertapak berhampiran sempadan negeri Selangor dan Perak, lebih kurang 90 minit perjalanan dari ibukota. 

Bagi penduduk setempat, telah terbukti antara tempat paling tenteram dan jauh dari kehidupan kota yang sibuk. Dalam banyak cara, tempat ini ada sesuatu bagi yang mencari suasana aman dan juga bagi yang menjelajah atau pencinta alam. 

Jika anda berada di Kuala Kubu Bharu, anda mungkin ingin tahu tempat Kem Percutian Desa Selesa, terletak di atas hasil kehijauan bumi seluas 5 ekar pada sempadan Selangor dan Perak. 

Kem Percutian tersebut merangkumi 11 chalet menghadap ke Sungai Bernam dan sebuah domitari yang mampu menampung sehingga 200 pengunjung. Kadar sewa adalah di antara RM 60 untuk chalet kecil dan RM 80 untuk chalet besar dimana kemudahan televisyen, bilik air dan kipas disediakan. Sebuah bilik Seminar dan dewan makan juga turut disediakan

KALUMPANG RESORT


Kalumpang Resort juga adalah satu tempat yang sesuai untuk para pencinta alam.Resort ini berada diantara Kuala Kubu Bharu dan Tanjung Malim. Resort ini mempunyai 16 chalet yang dilengkapi peralatan asas seperti televisyen, penghawa dingin dan bilik air persendirian. Tempat ini juga mempunyai sebuah tapak perkhemahan dan dormitari. Tempat perkelahan, kafeteria, gimnasium, dewan seminar, sudut BBQ, kolam renang, surau, dewan makan dan bilik karaoke adalah antara kemudahan lain yang disediakan.

KOLAM AIR PANAS

 
Tidak lengkap rasanya jika anda tidak mengunjungi kolam air panas yang ada di daerah Hulu Selangor ini. Perjalanan 7.2km dari pekan Batang Kali, anda boleh menjelajah 2 kolam air panas. Kemudahan yang disediakan termasuk tandas, bilik menyalin pakaian dan gerai makanan. Jirannya adalah Restoran Terapung Gonjong Limo. Restoran ini dibuka dari 7pm hingga 11pm dan menawarkan perjumpaan istimewa di waktu siang diatas permintaan

SERENDAH WATERFALL

 
Selain daripada itu bagi yang ingin berkelah bersama keluarga atau sahabat handai, di Daerah Hulu Selangor ini terdapat Air Terjun Serendah, 4.2km dari lampu isyarat di persimpangan Kampung Dato’ Harun, Serendah. Airnya yang sejuk dan udara yang nyaman membuatkan anda berasa tenang untuk menikmati keindahan alam sekitarnya

RUMAH REHAT GAP

 
Jika anda ingin berkunjung ke Bukit Fraser dari laluan Kuala Kubu Bharu , anda akan temui Rumah Rehat Gap yang terletak di kaki Bukit Fraser. Ini adalah salah satu tempat penginapan yang sesuai untuk pelancong yang ingin kedamaian dan suasana yang nyaman. Segala urusan penginapan adalah di bawah Kementerian Pelancongan terdapat kemudahan café di sana.

SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING


Ini adalah Santuari Ikan Sungai Chiling. Anda boleh berkhemah, berkelah, menjalani jungle tracking, memberi makanan ikan, menaiki jambatan gantung, menyeberangi sungai dan berenang. Anda juga boleh menikmati air terjun di sini.

SUNGAI PERETAK

Sg. Peretak terkenal dengan kesejukan air sungainya. Anda pasti akan berasa nyaman dan segar jika berpeluang berkelah dan mandi manda di sungai ini. Pada hujung minggu ramai penduduk tempatan dan orang luar berkunjung ke sini dan ada juga jualan makanan ringan di situ. Sg. Peretak adalah tidak jauh dari Empangan Kuala Kubu Bharu dan berada di tepi laluan jalan ke Bukit Fraser.

11:17 PM

Aktiviti

Antara aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor.dengan wujudnya aktiviti seperti ini hubungan antara masyarakat dapat dieratkan tidak mengira tua atau muda,miskin atau kaya dan berlainan bangsa....

Kelab Sukan Darul Quran (KSDQ) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membuat kejutan dalam penampilan sulung dengan mengetepikan cabaran dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan pada 6 Jun 2006 bertempat di Dewan Mu’tamar Darul Quran. Perlawanan yang bermula jam 9.30 malam tersebut telah mempertandingkan dua acara iaitu badminton dan ping pong berpasukan.

11:03 PM

Sejarah Penubuhan Majlis Daerah Hulu Selangor

MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ditubuhkan pada 1 Januari 1977 mengikut Seksyen 4 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). MDHS adalah hasil gabungan Lembaga Bandaran Rawang , Majlis Tempatan Kuala Kubu Bharu dan Majlis Tempatan Kalumpang. Luas keseluruhan kawasan yang ditadbir oleh Majlis pada tahun 2002 adalah 270.38 km persegi yang meliputi 13 mukim .

Kawasan yang ditadbir oleh MDHS merangkumi 13 kawasan utama berikut:- 

1.Hulu Bernam
2.Kalumpang
3.Kerling
4.Kuala Kubu Bharu
5.Rasa
6.Batang kali
7.Hulu Yam
8.Serendah
9.Sg. Choh
10.Bandar Baru Bukit Beruntung
11.Bandar Baru Bukit Sentosa
12.Bandar Baru Sg. Buaya
13.Bandar Lembah Beringin

7:21 PM

Kawasan Perindustrian di Daerah Hulu Selangor

Terdapat beberapa kawasan perindustrian di Daerah Hulu Selanagor yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan daerah tersebut. Dengan adanya kawasan perindustrian,kawasan i ni akan menjadi maju dan lebih membangun.
Berikut merupakan beberapa kawasan industri yang terdapat di Daerah Hulu Selangor. Kawasan industri ini kebanyakannya tertumpu di kawasan  Bukit Beruntung
APM Plastik antara kilang yang terletak di NO. 8, Jalan Jasmine 3Bukit Beruntung

Perusahan Automobil Kedua (Produa) merupakan sebuah kawasan perindustrian yang terbesar di kawasan Hulu Selangor yang terletak di Sungai Choh.
Pusat Teknologi Mesin dan Peralatan (RAMET) SIRIM bhd
Kilang aksesori motor GIVI yang terdapat di No. 13, Jalan Jasmine Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung.