11:50 AM

Ekonomi Bandar


















Dalam peringkat kedua ini, isu pembangunan ekonomi mula di soal kepada responden kami. Seperti yang ternyata di dalam tafsiran graf di atas, pembangunan ekonomi di daerah ini kebanyakannya adalah kurang efisyen.
Pusat-pusat kemudahan yang kurang baik serta sektor ekonomi yang lain yang tidak memuakan membuatkan daerah ini kurang maju dari segi pembangunan ekonominya. Sektor perkilangan yang terhad, yang cuma ditempatkan di sesebuah tempat sahaja membuatkan penduduk yang ingin mencari pekerjaan berhijrah ke bandar-bandar lain.
Pusat-pusat kemudahan dan pembagunan ekonomi ini perlu di bagunkan seiring dengan keperluan penduduk di sekitarnya. Pembangunan ekonomi bandar ini penting bagi menampung peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan di daerah terdsebut. Ianya juga penting bagi mengurangkan masalah pengagguran.
Berdasarkan graf diatas juga ternyata kurang efisyennya sistem perbangkan di aerah tersebut. Penduduk perlu ke bandar-bandar lain yang ada perkhidmatan tersebut untuk menguruskan keewangan mereka. Ini menyukarkan para penduduk tempatan.
Terharu dengan salah seorang daripada responden kami yang sedang menuggu komuter di stesen Batang Kali untuk ke Mid Vally Kuala Lumpur hanya untuk menonton wayang. Responden itu sanggup pergi tempat yang jauh semata-mata untuk menonton filem yang di inginkan. Disini kita dapat lihat bertapa kurangnya keperluan sosial yang melibatkan pembagunan ekonomi bandar di Daerah Hulu Selangor Ini.
Kali pertama apabila kami menjejakkan kaki di kawasan Serendah kami sunggguh terkejut kerana tiada orang di sekeliling tiada aktiviti sosial dijalankan apatah lagi aktiviti ekonomi. Ianya berbeza degan Bandar Rawang yang sibuk dengan pelbagai aktiviti.
Pihak Kerajaan perlulah mengambil berat terhadap isu ini.Pembangunan ekonomi bandar perlulah seiring dengan kemajuan yang ada di bandar-bandar lain.





0 comments: