3:36 PM

Infrastruktur dan Utiliti










Dalam analisis yang seterusnya adalah mengenai keefisyenan infrastruktur dan utiliti. Isu ini berkait rapat dengan kehidupan harian para penduduk. Berdasarkan maklum balas dari responden kami, mereka beranggapan bahawa terdapatnya masalah infrastruktur dan utiliti di daerah ini.
Sistem saliran air dan perparitan yang tidak efisyen menyebabkan pelbagai keburukan yang perlu dihadapi oleh para penduduk di Daerah Hulu Selangor. Permaslaahan ini telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di daerah tersebut. Lonkang yang tersumbat selain menakung air untuk pembiakan nyamuk, ia juga mengakibatkan masalah bau busuk yang keluar daripada longkang yang tersumbat.Ini akan menyebabkan gangguan kepada penduduk tempatan.
Sistem kumbahan yang tidak teratur menyebabkan masalah air kumbahan tersumbat. Ini menyebabkan masalah saliran ini bertambah teruk. Air kumbahan tidak disalirkan dengan betul dan menyebabkan bau busuk terbebas di udara.
Selain masalah longkang,masalah kurangnya keperluan ICT dan rangkain telekomunikasi menyebabkan penduduk tempatan sukar berhubung diantara satu sama lain. Pihak yang bertanggujawab perlulah memantau masah yang di hadapi ini bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan.Jika masalh ini tidak dapat diselesaikan, ia mungkin akan menyebabkan penduduk berhijrah ke tempat yang mempunyai kemudahan utiliti yang lebih baik.








0 comments: