11:48 AM

URBANISASI DI MALYSIA


LATAR BELAKANG

Terdapat beberapa strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat pembangunan negara yang berasaskan DEB.
Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yangdi rancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luarbandar.


RASIONAL


Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuksatu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara.
Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luar bandar


OBJEKTIF:-

-Proses demographi dan urbanisasi.
-Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio-ekonomi dengan proses dan pola-pola urbanisasi
-Kesan 'spatial'berikutan dengan perlaksanaan dasar dan program di peringkat negara dan wilayah.
-Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran
-Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument) yang telah dirangka untuk mencapai matlamat DEB.

STRATEGI PERLAKSANAAN


-Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal, susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan
-Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luarbandar
-Mempastikan pembangunan secara teratur di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan mengambilkira keadaan tempatan.
-Mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan.
-Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung.


PENUTUP


Pembangunan bandar yang ada dan yang akan diadakan selaras dengan usaha pembentukan satu Dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif amatlah penting bagi menjamin pencapaian kepada matlamat pembangunan negara. Hasrat kerajaan ialah untuk mempastikan supaya proses urbanisasi, corak dan tahap pembangunan matlamat DEB secara lebih berkesan lagi.
Setelah melihat perkembangan ekonomi dan pengaruh kependudukan membuktikan bahawa satu dasar urbanisasi yang komprehensif haruslah dilaksanakan dengan segera untuk mencapai matlamat pembangunan negara dan DEB.Tanpa dasar yang lengkap akan menyebabkan pertumbuhan bandar yang tidak seimbang dan seterusnya tidak membantu pembangunan negara sepenuhnya. Penumpuan aktiviti sosioekonomi di beberapa bandar tertentu sahaja juga akan merugikan penduduk bumiputera yang kebanyakannya tinggal di luar bandar.

0 comments: