6:56 PM

Ulasan Terakhir

Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan perhargaan kepada semua pihak yang menjayakan kajian ini kajian ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pensyarah saya iaitu Prof.Madya Dr.Hamzah dan juga Puan Masitah kerana banyak membantu saya dalam memahami tentang pembelajaran dalam kursus "Urbanisasi & Pembangunan Bandar" (SKAD2063).

Melalui syarahan dan pembelajaran yang disampaikan saya dapat memahami banyak aspek-aspek berkaitan teori-teori urbanisasi dan pembangunan bandar serta dapat mengaitkan dalam kehidupan dan pembelajarn seterusnya dapat saya tulis dalam penghasilan blog ilmiah ini. Walaupun saya bukanlah pelajar sain pembangunan, saya berasa seronok menimba ilmu yang lain daripada kursus yang saya ambil.

Selain itu tidak lupa juga kepada tutor saya Cik Noordeyana yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam membincangkan tentang isu-isu pembangunan ,banyak membimbing saya sebagai orang luar dari fakulti sains solsial,teori-teori,penghasilan blog dan sebangainya. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain terutama para pelajar program Sains Pembangunan seperti Fendi, Rasyid, Ayup, Ipin, Arwan, Muhammed, Mat Nick dan ramai lagi yang mengambil khusus ini bersama-sama saya yang banyak membantu saya dalam penghasilan blog ilmiah ini.

Pengalaman yang saya dapat sepanjang mengikuti kursus ini tidak saya lupakan..Selain itu saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan supaya berjaya dalam final exam tahun ini. Semoga berjaya semua.Saya juga ingin mengucapkan ampun dan maaf jika lakukan kesilapan samada secara sedar dan tidak sedar, kerana setiap manusia itu ada kekurangan.

6:53 PM

BAHAGIAN E - Pandangan Umum Tentang Keefisyenan Bandar

Berdasarkan kajian yang dilakukan terdapat beberapa katogeri yang responden kami nyatakan berkaitan dengan aspek yang paling efisien dan yang paling tidak efisien. Berikut merupakan rumusan yang dapat dibuat mengenai aspek bandar yang paling efisien dan tidak efisien menurut pandangan responden:

1) Aspek bandar yang paling efisien
-Bersih-Maju dan membangun

-Kurang kadar jenayah/masalah
-Keselamatan

2) Aspek bandar yang tidak efisien
-Kotor

-Kebajikan penduduk terabai
-Kelemahan atau kekurangan kemudahan pengankutan dan perhubungan
-Sistem perparitan

Ulasan Keseluruhan Keefienan Bandar

  • Sesebuah bandar perlu mempunyai perkhidamtan yang secukupnya
  • Kerajaan perlu mementingkan kebajikkan masyarakat
  • Teknologi perlu dipertingkatkan
  • Perubahan dan perningkatan infrastruktur
  • Keselamatan yang terjamin
  • Kemudahan awam perlu dipertingkatkan
  • Penambahan prasarana dan peluang pekerjaan di luar bandar
  • Maningkatkan produktiviti bandar
  • Masalah lalulintas perlu diatasi
  • Peningkatan dari pelbagai segi dan sesuai dengan pembangunan mapan

6:50 PM

BAHAGIAN D - Pengalaman Berdepan Dengan Ketidak-Efisyenan Bandar Sepanjang 5 tahun Lepas

Semasa soal selidik dan temu bual yang dijalankan di kawasan kajian, pelbagai masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh responden berkaitan dengan aspek ketidak-efisienan bandar dimaklumkan kepada kami. Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama disekitar 5 tahun lepas ialah:-

  1. Masalah karenah birokrasi
  2. Anjing liar yang dilepaskan tanpa jagaan (Kuala Kubu Bharu)
  3. Masalah sosial
  4. Masalah sampah dan longkang
  5. Kekurangan pegawai
  6. Kurang perkerjaanmasalah jenayah (Gangster)
  7. Masalah pengankutan yang tidak memuaskan
  8. Masalah komuter lambat(Tidak ikut jadual)
  9. Masalah kesesakkan lalu lintas

6:40 PM

BAHAGIAN C - Ranking Tahap Bandar Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan

Berdasarkan carta bar diatas, Kuala Lumpur mencatatkan pilihan yang paling tinggi bagi bandar yang paling efisyen.Para responden memilih Kuala Lumpur sebagai bandar yang efisyen kerana di Kuala Lumpur terdapat pelbagai jenis kemudahan dan mempuyai kemudahan awam yang lengkap.

Bagi carta bar ini pula Kuala Kubu Baharu pulah telah dipilih bandar yang paling tidak efisyen. Ini munkin kerana para responden merasakan bandar ini kuarang dari perlbagai segi terutama pengangkutan,infrastruktur dan pentadbiran yang kurang memuaska.

6:29 PM

Keselamatan dan Kawalan













Dari segi kawalan keselamatan para responden amat berpuas hati dengan tanggungjawab yang dilaksanakn olek Pihak Polis.Mereka telah enjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan.Syabas di ucapkan kepada anggota polis yang berkerja keras demi menjaga keselamatan negara.

6:22 PM

Governan




Berdasarkan analisis dari segi governan, kebanyakan reponden tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak yang terlibat bagi menyelesaiakn sesuatu aduan. Kami berharap pihak yang terlibat dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi menyelesaikan aduan-aduan yang diterima dengan segera.

6:11 PM

Alam Sekitar



Berdasarkan maklum balas dari responden penduduk mengalami pencemaran bau, kerana kadudukan kilang yang berhampiran dengan kawasan penduduk seperti di Batang Kali di mana seorang respon India menyatakan bahawa kebiasaanya berbau busuk akibat daripada aktiviti perkilangan. Oleh itu, beliau menyarankan suatu tindakan yang diambil dan menkaji semula kedudukkan kawasan perkilangan yang berhampiran dengan penduduk. Dimana ia mendatangkan bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, isu berbangkit seperti sampah dan sistem perparitan yang kurang efisien juga menjadi isu yang utama.