6:56 PM

Ulasan Terakhir

Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan perhargaan kepada semua pihak yang menjayakan kajian ini kajian ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pensyarah saya iaitu Prof.Madya Dr.Hamzah dan juga Puan Masitah kerana banyak membantu saya dalam memahami tentang pembelajaran dalam kursus "Urbanisasi & Pembangunan Bandar" (SKAD2063).

Melalui syarahan dan pembelajaran yang disampaikan saya dapat memahami banyak aspek-aspek berkaitan teori-teori urbanisasi dan pembangunan bandar serta dapat mengaitkan dalam kehidupan dan pembelajarn seterusnya dapat saya tulis dalam penghasilan blog ilmiah ini. Walaupun saya bukanlah pelajar sain pembangunan, saya berasa seronok menimba ilmu yang lain daripada kursus yang saya ambil.

Selain itu tidak lupa juga kepada tutor saya Cik Noordeyana yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam membincangkan tentang isu-isu pembangunan ,banyak membimbing saya sebagai orang luar dari fakulti sains solsial,teori-teori,penghasilan blog dan sebangainya. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain terutama para pelajar program Sains Pembangunan seperti Fendi, Rasyid, Ayup, Ipin, Arwan, Muhammed, Mat Nick dan ramai lagi yang mengambil khusus ini bersama-sama saya yang banyak membantu saya dalam penghasilan blog ilmiah ini.

Pengalaman yang saya dapat sepanjang mengikuti kursus ini tidak saya lupakan..Selain itu saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan supaya berjaya dalam final exam tahun ini. Semoga berjaya semua.Saya juga ingin mengucapkan ampun dan maaf jika lakukan kesilapan samada secara sedar dan tidak sedar, kerana setiap manusia itu ada kekurangan.

0 comments: