10:45 AM

Negeri Asal - Tempat Tinggal - Tempoh Menetap






Gambar rajah berikut menyatakan tentang negeri asal, tempat tinggal kediaman semasa dan tempoh menetap di kediaman bagi responden yang telah kami temuramah.
Berdasarkan carta pai diatas, majoriti responden adalah merupakan anak jati Negeri Selangor. Terdapat juge responden yang berasal daripada negeri-negeri lain seperti Johor,Kedah,Kelantan,Kuala Lumpur,Pahang,Perak dan Pulau Pinang.
Kebanyakan mereka berhijrah atas faktor pekerjaan dan berkahwin. Berdasarkan pernyataan graf pula, kami dapat mengetahui bahawa ada diantara mereka yang menetap selama 10 tahun dan keatas.Ini adalah disebabkan mereka di lahirkan di daerah ini dan tidak mahu berhijrah keluar daerah atau tempat lain. Ada juga mereka yang baru menetap di daerah ini.
Namun begitu, ramai penduduk asal yang berpindah dan berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan terutamaya dari golongan muda. Ini adalah disebabkan kurangnya peluang pekerjaan di Daerah Hulu Selangor. Kurangnya infrastruktur dan peluang pekerjaan, anak muda di kawasan ini mengambil langkan untuk berhijrah untuk menambah baikkan lagi ekonomi keluarga mereka. Rata-rata daripada mereka akan memilih Kuala Lumpur dan daerah-daerah berdekatan seperti rawang dan sekitar lembah kelang untuk berhijrah.
Penduduk di daerah ini juga berharap agar kerajaan tidak telepas pandang terhadap masalah yang di hadapi oleh penduduk di sekitar Daerah Hulu Selangor.

0 comments: