9:23 PM

Pencemaran Sungai



Oleh: MOHD. FAIRUZ YUSOF

(Utusan Online)ARKIB : 13/02/2007


Hampir sejuta penduduk di Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air ekoran dua batang sungai utama di negeri itu kini tercemar teruk berikutan aktiviti perindustrian dan pencemaran ammonia.


Sungai Langat di Hulu Langat dan Sungai Selisik di Hulu Selangor yang merupakan sumber utama bekalan air bagi penduduk daerah Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang kini perlu diselamatkan untuk mengelakkan krisis tersebut berlaku.Pencemaran di sungai-sungai berkenaan telah menyebabkan tiga loji rawatan air di Loji Sungai Selisik, Hulu Selangor, Loji Batu 11 Cheras dan Loji Bukit Tampoi, Sepang terpaksa ditutup sejak seminggu lalu berikutan kadar ammonia yang terlalu tinggi dalam air sungai berkenaan.Pencemaran ammonia itu dikatakan berlaku kerana air kumbahan dibiarkan mengalir ke sungai-sungai itu.


Berikutan masalah itu, Utusan Malaysia difahamkan bekalan air di Hulu Selangor dan Hulu Langat kini bergantung kepada kolam air dan tangki statik di kawasan-kawasan perumahan sementara menunggu usaha dilakukan untuk meneutralkan pencemaran ammonia di sungai-sungai berkenaan.


“Pencemaran seumpama ini pernah berlaku di sungai-sungai itu beberapa tahun lalu, tetapi kerana tiada pengawasan daripada pihak berkuasa ia berlaku sekali lagi,” dakwa seorang pemimpin tempatan yang tidak mahu namanya disiarkan.


Diolah dan diubahsuai oleh :Muhammad Hasif bin Nasaruddin (A120282)

0 comments: