11:10 AM

Jenis Pekarjaan - Pendapatan Bulanan (Responden)


Dua buah jadual diatas menyatakan mengenai jenis pekarjaan dan pendapatan bulanan reponden yang telah kami temuramah ketika menjalankan kajian di Daerah Hulu Selangor.
Berdasarkan jadual jenis pekerjaan, terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan oleh responden yang terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai peniaga. Para peniaga ini biasanya sukar didekati kerana mereka lebih memberikan tumpuan pada peniagaan mereka walaupun premis mereka tiada pelanggan.
Namun masih ada peniaga yang memberi ruang kepada kami . Responden kami juga kebanyakannya tediri daripada pelajar. Golongan pelajar mudah didekati, ini kerana mereka lebih memahami kami yang juga sebagai pelajar.
Kebanyakan reponden kami mempunyai pekerjaan di primis-primis perniagaan dan bukannya dari sektor awam. Hanya segelintir sahaja yang menajawat jawatan di sektor kerajaan.
Seterusnya, berdasarka jadual pendapatan bulanan para responden, kami dapat menliti bahawa kebanyakanynya mempuyai pendapatan bulanan yang tinggi iaitu di sekitar RM1000 hingga RM4000. Ini kerana kabanyakan responden kami adalah terdiri daripada peniaga dan bekerja sendiri.
Terbukti sekiranya kita mahu mendapat pendapatan yang tinggi adalah dengan cara berniaga. Terdapat juga responen kami yang berpendapatan yang rendah kira-kira Rm 900 hingga RM600. mereka ini adalah terdiri dari golongan pekerja-pekerja makan gaji dan bekerja sambilan.
Namun begitu, perbezaan dan jurang ekonomi antara kaung amat berbeza. Kami berharap sekali lagi agar pihak kerajaan dapat meningkatkan lagi tahap ekonomi di daerah ini agar ketidak seimbangan ekonomi berterusan.



0 comments: