9:28 PM

Keratan Akhbar


PENYAPU menjadi isu hangat apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberi ‘Anugerah Penyapu’ kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kerana gagal mencapai sasaran kutipan hasil cukai semasa dan tunggakan tahun lalu. Tindakan itu dikritik pelbagai pihak kerana disifatkan sebagai keterlaluan, tetapi ada juga pihak yang menyokong anugerah itu. Anugerah ini disampaikan dalam majlis Anugerah Bulan Kualiti 2007.
“Anugerah Penyapu” tersebut telah disinggungkan oleh Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kepada Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) kerana kedua-dua PBT tersebut gagal mencatatkan prestasi yang memuaskan.Tindak-tanduk MB Selangor sebenarnya tidak salah.Pendekatan ini diimport dari nilai kerja Jepun. Di Jepun, budaya-budaya seumpama ini sudah lama dilaksanakan di beberapa syarikat mega hatta di beberapa Jabatan Kerajaan.Perlaksanaan nilai ini juga disambut baik oleh kakitangan satu-satu institusi tersebut dan dilihat secara positif.
Di Malaysia, budaya ini agak baru dan ganjil. Hal demikian kerana nilai-nilai dalam masyarakat menganggap “penyapu” ini sebagai simbol penghinaan.
"Tidak perlu beri penjelasan. Penduduk di negeri ini memahaminya. Saya yakin penduduk Selangor mengenali saya. Saya sudah mulakan dulu. Kita kena ikhlas dalam kerja kita. Sebenarnya hadiah penyapu ini bukan isu. Ada orang yang berfikiran negatif perlu berubah minda.Saya cuba buat yang terbaik kerana saya cintakan negara ini. Saya mahu negara saya diiktiraf sebagai negara paling baik di dunia. Saya mahu kakitangan kerajaan saya terbaik di Malaysia"


............. Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
( temuramah oleh wartawan Berita Minggu, Wan Jailani Razak )

0 comments: